Sabtu, 22 Februari 2014

Albert Einstein... rahsia kebijaksanaanya..

assalamualaikum...
hari ni cik koyah nak cakap sal Albert Einstein. ha korang kenal x sapa ni? Einstein ni salah seorang insan yang bijak la.. sampai ramai yg mengkaji otak dya ni hahaha... ok kat sini cik koyah juz nak share ja.. bagus taw pengetaguan ni.. try korang baca sampai abis..
 Einstein ni adalah orang yang menitik beratkan hal imaginasi. bagi dia tanpa imaginasi ni seseorang tu x leh fikir.. ok jom kita tgok n selongkar lagi teori yang dya cakap ni...
korang tahu x Einstein adalah seorang yang arif tentang potensi minda separa sedar? Mereka yang arif tentang minda separa sedar sering menitik-beratkan imaginasi dan visualisasi. Ini adalah kerana visualisasi adalah “bahasa” sebenar yang digunakan otak untuk berkomunikasi dengan minda separa sedar.

antara pendapat Einstein ialah.. 
  • Tanda kebijaksanaan yang sebenarnya bukanlah pengetahuan tetapi imaginasi.”(“The true sign of intelligence is not knowledge but imagination.”)
  • Imaginasi adalah segala-galanya. Ia adalah pembayangan kehidupan dimasa akan datang.”(“Imagination is everything. It is the preview of life’s coming attractions.”)
  • Logik akan membawa anda dari A ke B. Imaginasi akan membawa anda kemana-mana.”(“Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere.”)
  • Satu-satunya benda yang paling bernilai adalah naluri.”(“The only real valuable thing is intuition.”)

Teknologi Minda Pintar Menitik-beratkan Imaginasi dan Visualisasi

Einstein secara jelas and lantang menyatakan tentang pentingnya imaginasi. Imaginasi dan visualisasi adalah sebenarnya “alat” yang sangat hebat didalam mencapai kejayaan dalam hidup. Menyedari hakikat ini, MinDec amat menekankan potensi imaginasi dan visualisasi menerusi Teknologi Minda Pintar. Melalui pakej Teknologi Minda Pintar, pelajar dibimbing tentang cara melakukan imaginasi dan visualisasi dengan betul. cam cik koyah kat u kan .. lec slalunya akan bagi contoh sperti situasi.. so cik koyah pown berimaginasi la hehe..

Minda Bijak Adalah Apabila Kedua-dua Belah Otak Berfungsi Serentak



Umumnya, kita dibesarkan dengan tanggapan bahawa keunikan dan kelebihan individu bergantung kepada bahagian otak yang mana lebih dominan.
Menerusi kajian beberapa ahli sains yang diterbitkan pada September 2013, otak Einstein mempunyai beberapa ciri unik. Ciri yang ditekankan melalui kajian tersebut ialah otak beliau mempunyai rumpunan rangkaian yang banyak pada lokasi dimana kedua-dua belah otak berinteraksi (“corpus collosum”). Ini bermaksud kedua-dua belah otak Albert Einstein mampu untuk berfungsi serentak.


Ciri Lain Otak Einstein

Menerusi kajian beliau, Dr. Sandra Witelson mendapati otak Albert Einstein mempunyai satu ciri yang menarik. Bahagian tepi yang dipanggil sebagai “lateral sulcus” (atau “Sylvian fissure”) yang membahagikan “lobus parietal” pada otak Einstein hampir tidak wujud. hebat x? hahaha

Bahagian lobus parietal ini bertanggung-jawab bagi kemahiran matematik dan visualisasi dalam bentuk 3-dimensi. Keadaan otak ini dikatakan berketepatan dengan apa yang pernah Einstein nyatakan tentang proses pemikiran beliau: “Perkataan (bahasa manusia) tidak memainkan apa-apa peranan.. Yang ada hanyalah gambaran yang lebih atau kurang jelas” (“Words do not seem to play any roles, [There are] more or less clear images”).

 ok kita dah tawu an sal otak Einstein ni so jom kaji otak kita plak haha.. jom2.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan